Jualan Hartanah PKNS

kelmarin, kak jue iaitu kawan saya telah memberi saya sehelai pamplet.
Oh.. rupa2nya berkenaan Jualan Hartanah PKNS.
PKNS sedang menganjurkan kempen dan promosi pemilikan hartanah yang dibina oleh PKNS.

Ada macam-macam projek yang terlibat.
Ia melibatkan hartanah di lokasi berikut:
- Shah Alam
- Antara Gapi
- Bandar Baru Bangi
- Bernam Jaya
- Bandar Sultan Suleiman
- Kota Puteri
- Kota DAmansara
- Cheras Jaya
-Taman Permai Jaya
- Selayang
- Kuala Selangor
- Klang
- Rawang
- Air Manis

Sekadar menyebut projek-projek bagi beberapa lokasi di Lembah Kelang...

Bagi Shah Alam, ada dua projek
Banglo Bertingkat 2 tingkat di Seksyen 7 ( harga bermula rm890k)
dan superlink 2 tingkat di seksyen 6 Idaman Suraya ( harga bermula 458k).
Fuh..
memang tak dinafikan rumah-rumah banglo di seksyen 7 memang cantik, mewah dan privasi dengan persekitaran akademik.

Bagi Kota Damansara, ada dua projek hebat.
Pertama, pangsapuri kasturi Idaman di seksyen 8. Harga bermula dari rm205k.
Kedua, Kedai Pejabat 3 Tingkat fasa 3 juga di seksyen 8. Harga bermula rm2.1 juta.

Bagi Bandar Baru Bangi, projek terlibat adalah
pertama, pangapuri Bangi Idaman fasa 2 Seksyen 5. Harga bermula rm110k
kedua, rumah berkembar 2 setengah tingkat fasa 1B di seksyen 6. Harga bermula pada rm835k.

Bagi Cheras Jaya pula, projek yg terlibat adalah rumah berkembar 2 setengah tingkat. Harga bermula dari rm422k.

Untuk listing semua projek-projek bagi semua lokasi, anda boleh rujuk di sini.

Apa yang menarik tentang jualan ni?
ok, mereka menawarkan pendahuluan cuma rm500 sahaja.
Mereka menawarkan rebet istmewa sehingga rm200k bagi hartanah di Cheras Jaya, Antara Gapi dan Bernam Jaya
Percuma yuran guaman bagi s&p dan dokumentasi pinjaman bank. ( tapi mesti dengan panel peguam mereka la ni..)
dan pinjaman 100% termasuk MRTA.
- tapi pinjaman ni biasanya mestilah dengan bank yang telah mereka lantik iaitu Bank muamalat.

Mereka juga menawarkan cabutan bertuah pada pembeli-pembeli hartanah sepanjang jualan ni.
Hadiah-hadianya hebat juga.
Hadiah utama adalah 1 unit apartment Seri Perantau di Klang.
Klang? hm.. kalau suruh saya beli, memang la saya tak mau. Klang di luar fokus pelaburan hartanah saya.
Tapi kalau orang bagi free, ambil je la kan..
rezeki..
dan ada juga hadiah-hadiah lain seperti peti sejuk, kabinet dapur, telefon bimbit dan komputer riba.. bergantung pada jenis hartanah yag anda beli.
Wah.. Hebat juga. Boleh menandingi Sime Darby Parade of Homes dan Setia 5/95 home loan package ni..
Tambahan juga PKNS memang developer yg mempunyai reputasi yang tinggi.
Biasanya kalau saya la, bila sesuatu projek yg sedang dibina tu adalah projek PKNS atau dengan kerjasama PKNS, memang tak payah risau la pasal risiko projek terbengkalai.
badan kerajaan kan..
hm.. anggerik perdana yg saya beli dan duduk ni juga adalah dengan kerjasama Getaris Sdn Bhd dan PKNS. Tu sebab saya tak was2 membelinya dulu..


So, kalau kawan-kawan berminat dengan jualan ni, boleh la berkunjung.
jualan ini bermula pada 8 Mei - 7 Jun 2009, di Kompleks PKNS Shah Alam.
bermula pada pukul 10.00 pagi - 9.oo malam.
boleh juga surf laman web mereka di sini.

Selamat membeli!
0