jualan hartanah pkns shah alam dan mutiara anggerik

petang tadi, saya sempat menjenguk jualan hartanah pkns di kompleks pkns, shah alam.
bertolak dr rumah di jengka pukul 10 pagi, singgah ambil kak jue kejap di mentakab then terus ke shah alam.
tak mau miss melawat jualan ni.
dalam kepala saya, ada beberapa hartanah yg saya nak survey.
booth mula2 sekali saya jumpa adalah booth casa indah 1 dan casa indah2.
condo yg terletak di persiaran surian, berharga rm277k.
condo ni sgt menarik tp harganya.. hm.. layak ke saya nak apply loan setinggi ni?

then saya ke booth service residence mutiara anggerik.
terletak di seksyen 15, shah alam.


mutiara anggerik ni bukanlah dibangunkan sendiri oleh PKNS tetapi lebih kepada projek usahasama pkns dengan developer lain.

sebenarnya hampir 3 bulan yg lepas saya dah berkunjung ke show unit mutiara anggerik ni.
sebab dia betul2 on the way saya ke uitm.
so, masa nak ke kelas tu, saya singgah la kejap.
utk lebih jelas lagi, lokasinya di roundabout shah alam yg kalau kawan2 dr federal highway nak ke kawasan perindustrian shah alam tu..
bersebelahan dgn dataran otomobil.
malangnya masa saya melawat show house tu, saya tak ada kamera
dan handphone saya lagi outdated dari yg saya guna sekarang.
takde kamera.. apatah lagi mms!
so, masa tu tak dpt la saya snap gambar.
show house dia cantik (macam biasa la kan..)

nama developer: PKNS Engineering & Construction Bhd.
service residence ni ada 3 jenis.
type a : 1493 sqft. 3+1 bilik, 2 bilik air, dapur kering dan dapur basah.
harga dr rm340k - rm376.4k
type b: 1188sqft. 3+1 bilik, 2 bilik air, dapur kering dan dapur basah.
harga dr rm264.1k - rm295.1k
type c: 1057 sqft. 3+1 bilik, 2 bilik air, dapur kering dan dapur basah.
harga dr rm235k - rm264k
leasehold 99 tahun.
bebanan bebas.
tarikh dijangka siap: 2011

kemasannya mewah.
kelengkapan bilik airnya pun..
jubin dapur dan bilik air hingga ke syiling
sinki bulat..pancuran mandi yg elegan
memang padan la dengan harganya.

masa saya lawat show house ni dulu, deposit cuma rm1k.
0% interest free semasa dalam pembinaan
percuma 1 tahun kos penyelenggaraan
percuma bayaran snp
bumi discount 7%
percuma 1 tempat parking berbumbung
kalau nak beli parking ke2 pulak, boleh dapat diskaun 50% dr harganya.
then baki deposit boleh bayar secara ansurans selama 6 bulan.

promosi ni ada lagi ke tak?
saya pun tak pasti
sebab sepanjang kami tengok2 dan snap gambar di booth ni, salesperson cuma seorang dan dia sangat khusyuk membaca novel..

adakah kerana saya hanya memakai t-shirt dan beg galas (beg notebook), maka dia rasa hanya membuang masa sahaja melayan saya?

tapi kalau tak salah, semua promosi yang ditawarkan semasa jualan hartanah pkns ini mmg available pada projek ni juga.
sila rujuk entri saya terdahulu berkenaan jualan ini dan promosinya.

berdasarkan maklumat yg diletakkan di booth, sebanyak 188 unit telah dijual..
not bad..

0