kasut sukan kena curi

hm.. quick notes.
sabtu lepas saya dilantik sbg pemeriksan kira2 tetap dlm jawatankuasa persatuan penduduk pangsapuri teratai, taman anggerik perdana.
isnin, ada short discussion dgn kak nazrul (bendahari), salina (pemeriksan kira2 juga) dan hikmah, penolong setiausaha.
kak nazrul bentangkan perancangan yg dia dah draf utk dibawa ke mesyuarat AJK akan datang.
saya pula, hari tu diminta mencatat minit.
saya janji nak buat minit mesy tu sblm di hand over ke hikmah.
sbb hikmah masih agak blank lagi sabtu tu. tu 2st time dia turun meeting.
kali pertama masa kami nak ambil kunci surau tu, dia tak datang. mak dia yg datang.
tp sampai hari ni minit tu belum siap lagi sbb saya sibuk dgn dua test.
insya allah lepas wiken ni saya siapkan.

kami buat kutipan untuk surau.
then kak nazrul dah start beli barang sket utk surau. dia beli tikar, cawan..
ada penduduk yg nak sponsor brg utk surau. nak sponsor kipas angin syiling, karpet, besi langsir dan langsir.
saya juga diamanahkan utk bangunkan satu blog khas utk persatuan kami ni.
insya allah saya akan lakukan.
nt anda semua akan nampak link ke blog tu bila blog tu dah siap ye..

kami juga sdg pertimbangkan nak manage sdr ke tidak pangsapuri kami ni. pengerusi kata, kalau kami tak mampu nak manage, kememterian perumahan akan lantik konsultan utk uruskan.
tp setakat ni kami setuju utk urus sdr.
saya pun rasa begitu. kuasa ada pd kami, lebih senang nak uruskan yg terbaik utk tempat tinggal kami sdr.

bulan lepas ada org pecah masuk rumah jiran kami.
mlm td pulak saya baru perasan ada org curi kasut sukan saya yg saya letak dpn pintu.
tak sangka ada org nak curi..
sedih.. saya sayang kasut sukan tu sbb tu kenangan dr pejabat lama saya.
en zarrawi yg bagi
:(
tak dapat la jogging kat afamosa resort pg esok dgn kasut tu..
0