jawatankuasa penduduk sementara

pukul 9.30 pagi tadi ada perjumpaan penduduk2 pangsapuri teratai.
kami bermesyuarat utk membentuk satu jawatankuasa penduduk sementara.
then prepare kertas cadangan kepada developer so that kami boleh amik kunci surau.
Tanpa jawatankuasa tu, developer takkan bg kunci surau kat kami.
begitu rupanya...

sejak bulan okt 2008 pangsapuri ni start hand over kunci, surau belum dibuka pun lagi.
sedih kan..
pangsapuri teratai kat sebelah tu, dah siap buat majlis ceramah maulidur rasul lagi..
ada makan2.
surau kami, kunci pun takde.
so, ini adalah usaha pertama kami.
perjumpaan ini diketuai oleh pakcik shahidan, ayah ex-officemate saya.
nak kena lantik pengerusi, naib pengerusi, bendahari, AJK tu sumer.
dan dapatkan senarai kehadiran.
saya dilantik jd pemeriksa kira2.. hahaha
mentang2 saya suka kira duit.. dan berkira2 bila nak keluar duit.
hehe
seb baik jugak sementara jer..

nnt setiausaha akan prepare proposal.
dapat je kunci surau tu nnt, pakcik shahidan kata kita semua akan kumpul balik.
buat mesyuarat betul2..
dan lantik jawatankuasa tetap.
hm.. saya dah berkira2.. kami kena beli langsir utk surau ni.
tp langsir rumah saya pun tak settle lagi..
seb baik rumah saya mengadap kawasan semak.. sblh kiri kebun pisang. sebelah kanan loji kumbahan.
hahaha

nota:mlm ni saya nak gi tengok teater sirah junjungan. thn lepas dah tgk, thn ni nak tengok lagi. tp saya tak ada digital camera. tak boleh la tangkap gmbr dgn vanidah imran lagi..
0