Your question answered - rumah apa dan bajet

Last week, I received an email from a reader, asking questions about should he buy a house now (according to his wife advise) or just continue renting it since they live separated (his wife is a teacher in Kota Kinabalu). If buying a wiser decision, which house is a better and how much is the cost involved?

Without revealing his privacy, I put here the edited question and my answer for all reading.

Question:


saya berminat nak membeli rumah dan saya nak tau la proses2 dia, dan berapa agak2 budget yang saya kena sediakan

Kalau ikutkan saya, saya nak beli rumah untuk investment shj, nanti kalau dah tua, beli tanah kat kelantan nak duduk sana. Sebab sekarang ni saya cukup selesa menyewa rumah kat kawasan masjid pantai dalam dengan harga RM600 sebulan. Tapi masalah nya isteri saya nak suruh saya beli rumah teres 2 tingkat dan nak duduk rumah sendiri. Untuk pengetahuan puan isteri saya mengajar di sabah dan saya tinggal sorang2 je kat pantai dalam. Saya nak tanya puan berbaloi tak kalau saya beli rumah untuk duduk, sedangkan nanti saya duk sorang je, bersama isteri pon bila cuti sekolah shj.

Berrdasarkan budget, saya nak beli rumah bawah RM200K. Ada 2 option 1) kat kota kemuning harga dlm RM180K kat GreenVille dan 2) kat puchong prima harga dlm RM200K.

mengenai bank plak saya cadang nak beli guna loan bank. Dan saya cadang nak beli rumah ni untuk duduk la, sebab ini kan pembelian rumah pertama saya. kalau bole mintak pandangan puan, berapa cash yang saya kena sediakan dan kalau bole serba ringkas proses dia la...

terima kasih sekali lagi kerana membaca email ni.


Answer:

saya tak boleh nak masuk campur hal perbincangan rumahtangga encik. sebenarnya membeli rumah adalah satu investment yang sangat baik. Bagi pendapat peribadi saya, drp encik menyewa dan membayar sebulan rm600, lebih baik duit utk digunakan utk membayar rumah
sendiri. utk rm600, encik boleh membeli sebuah apartment di pantai dalam atau bukit angkasa yg bernilai rm110k.. dan ia kekal seumur hidup encik. Ini kerana, duit tetap akan habis juga jika
kiter tak belanjakannyer ke pelaburan hartanah ni kan..
of course, sekiranya encik menyewa rumah saya, saya lebih gembira encik menyewa shj kerana encik memberi saya wang yg mana saya boleh gunakannya untuk membayar pinjaman rumah tersebut ke bank. lama2, apabila cukup 30 tahun encik dan pengganti berbuat
demikian, rumah tersebut akan jadi hak milik saya kekal dgn hanya 10% deposit shj! bukan rm110k tau, tp wang saya cuma rm11k sahaja! :)

ok, nampak tak mengapa saya galakkan encik membeli rumah.

ok, sama ada rumah teres atau apartment, sbnrnya tertakluk kpd beberapa perkara.
1. tujuan pembelian
2. budget
3. perancangan dan perbincgn antara encik dgn isteri

jika tujuan adalah utk investment dan bukan semata2 utk duduk sendiri seumur hidup, encik perlu menimbang hartanah yg nak dibeli tu.. bukan semata2 memenuhi citarasa encik tetapi sebaliknya perlu memikirkan citarasa org yg akan menyewa atau membeli rumah itu nanti.
Sekiranya apartment, kadar sewa yg diperoleh, jika kena dgn tempatnya, jauh melebihi byrn bulanan yg en perlu byr ke bank. namun capital appreciation nye lebih rendah, bermakna biasanyer kalau nak jual balik, harganyer tidak la melambung tinggi sgt, tak spt teres atau
rumah bertanah.
sebaliknya kalau rumah bertanah, kadar sewa biasanyer lebih rendah dr bayaran bank. bermakna jika en bhasrat nak menyewakannya nnti, biasanyer encik perlu topup dgn duit encik sdr la gak utk bayar ke bank nanti. Tpi biasanya, kalau kena dgn tempatnya, capital appreciation hartanah jenis ni tinggi. Jgn terkejut kalau harga jualnya naik rm60k dalam masa dua tahun!

dr segi bajet, mmg biasanyer rumah teres lebih mahal. Duit yg perlu disediakan berbeza mengikut hartanah. Kalau encik berhasrat membeli dr secondary market spt yg encik bgtau saya ni, bermakna dah pasti encik kena sediakan 10% deposit dr harga rumah tersebut. Sbg contoh rumah di puchong itu bernilai rm200k, encik kena sediakan rm20k sbg deposit. biasanyer, ketika kiter confirm nak beli rumah tu lagi, owner atau agent akan request kiter byr 3% dulu sbg tanda confirm, then barulah diikuti dgn baki 7% semasa menandatangani perjanjian jual beli dgn peguam. Selebihnya, encik boleh memohon pinjaman yg biasanyer menyediakan pinjaman sehinga 90% dari harga di dalam perjanjian jual beli tersebut.

Kemudian, encik kena standby duit peguam. anggaran caj peguam, sila rujuk di calculator yg saya link kan dlm entry saya berjudul entry cost calculator atau klik di sini untuk melihat entry tersebut.

Namun jika encik membeli hartanah dr developer iaitu rumah yg baru nak dibina atau belum dibina, biasanyer mereka menawarkan pelbagai diskaun ke atas harga rumah serta bayaran guaman percuma utk pjanjian jual beli. Untuk mendapatkan bayaran peguam percuma utk pjanjian pinjaman pula, encik boleh memohon pakej pinjaman beserta zero moving cost yg mana bank yang akan menanggung segala bayaran peguam. namun begitu, kadar bg zero moving cost adalah lebih tinggi dari kadar without zero moving cost.

Bajet ini juga perlu dikaji bersama2 kelayakan pinjaman encik, maksud saya berapa had maksima yg bank boleh tawarkan pinjaman kepada encik. encik boleh la bertanya kadar kelayakan pinjaman encik serta valuation harga semasa rumah yg hendak dibeli itu dr pegawai bank. ye la.. kdg2 penjual nak menjual lebih tinggi dr harga bank value rumah tu, kalau penjual nak jual rm200k misalnya, tetapi bank value cuma rm180k, bermakna kadar maksima pinjaman yg bank boleh tawarkan cuma 90% dari rm180k sahaja. ini bermakna encik perlu mengeluarkan wang tunai yang banyak! ingat, dlm pelaburan hartanah (untuk tujuan investment), gunalah semaksima boleh duit dr org lain (bank atau duit penyewa). minimakan duit kita sendiri.

berdasarkan apa yg saya cerita ni, cuba fikir dan bincang dgn isteri encik, yg mana satu yg terbaik.

I welcome any suggestion, opinion and knowledge sharing from all readers regarding this issue. Please feel free to leave a comment here.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog