cerita dari Singapore

lama aku tak update blog ni..
las week dari ahad sampai khamis aku ke Singapore.. alhamdulillah.. dapat amanah dari big boss untuk mewakili division aku ke sana. Seminar tu namanya International Conference in Teaching and Learning with Technology.

Aku ke sana bawa nama kementerian, bawa nama bahagian. So, aku amiK peluang ni belajar dan dapatkan input bagaimana pendidik dan Kem Pelajaran Singapore dan Kem pelajaran seluruh dunia menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Sebelum ni, aku dah 2 kali berpeluang ke seminar seumpama ni tp kat sini jer la.. anjuran bhg teknologi pendidikan. Seminar2 ni pun bertaraf antarabangsa. Ramai speakers, expertise dan peserta dari luar negara di jemput berkongsi pengalaman. Tapi kali ni istimewa sbb aku pula antara peserta dari luar negara yg hadir ke Singapore.

Singapore jauh lebih maju dari kiter. Singapore lebih aman, jauh lebih bersih, lebih terurus dan perancangan bandar yang lebih maju dan teratur. Sistem pengangkutan awam nyer kalau banding dgn malaysia, mereka 10 markah, kiter 3 markah kot.. Lepas tu, kami tak perlu bimbang dgn kejadian ragut atau jenayah sbb di sana selamat. Aku pernah balik dari Mustafa pukul 12.15 mlm ke hotel sorang2 tp tak risau pun. No wonder la singapore pernah kata bandar JB tak selamat. Tgk la jenayah kat negara kiter.. even aku pun pernah jadi mangsa snatch ni.. .. sigh..

Di singapore ni, boleh katakan gaji mereka lebih tinggi. For graduate teachers, their basic salary start from SD 2xxx. But for those having a good honours degree, may get salary from SD 3xxx. tak macam kat msia.. kt sini, suruhanjaya perkhidmatan pendidikan x peduli u dpt 1st class honours ke atau 3rd class ke, gaji sama.

Singaporean kan ader cina, melayu dan india. Their 1st language is english. So, ini menyebabkan chineese singapore tak boleh bcakap mandarin dgn elok, begitu juga dengan org melayu singapore tak boleh bcakap melayu dgn elok. Seorang kenalan seminar memberitahu aku bahawa kem pelajaran singapore mmg memerlukan guru bahasa yg betul2 pakar dan bagus, even diambil dari luar singapore dan tidak boleh berbahasa inggeris. Member tu bgtau, mereka ader mengambil guru bahasa mandarin dari China yg mmg tak tau ckp inggeris. So, dia dapati ada guru dari Malaysia yg memohon utk mjadi guru bahasa melayu di sini dan mendapat gaji yg jauh lebih tinggi dari gaji cikgu kat malaysia. Berminat? ok, maklumat dan borg permohonan ader di laman web MOE singapore iaitu www.moe.gov.sg

Barang2 agak murah di sana jika dibanding dgn gaji yg mereka terima.Even sesetengah barang masih lagi lebih murah selepas kiter convert duit singapore tu ke ringgit msia.. namun begitu apabila melibatkan tanah dan ruang, sgt mahal. Hartanah di sana mmg mahal. For SD90k, mereka hanya dpt apartment yg kecik sgt.. Parking rate pun mahal. Tapi disebabkan sistem MRT dan bas mereka bagus, mereka banyak menaiki kenderaan awam je ke mana2..

gambar2 on this seminar masih terperap kat dlm nbook aku. cuma 3 keping je yg aku dah letak kt friendster aku.. hehe
0