question on refinance - Azizi Ali menjawab

Hari ini, setelah sebulan menantikannya, aku telah menerima newsletter bulanan dari Encik Azizi Ali bagi Ogos 2008. Sepertimana biasa, aku mesti membaca newsletter ni cepat2 sebab tak sabar nak mendapat info baru darinya.

Ada satu soalan yang dihantar oleh pembaca telah dijawab oleh Encik Azizi. Rasa nak share soalan dan jawapan tersebut kepada semua pembaca blog ni pulak especially yang belum subscribe newsletter en azizi ni.

SOALAN:
Assalamualaikum En Azizi, 

Saya ingin meminta pandangan dan nasihat tuan mengenai 
perkara di bawah: 

Existing loan : RM 75,000 (full settlement rate) 
Interest rate : 6.75 (BLR) + 0.75%
Mthly ins : RM583.00
Serve for 30 yrs 
Tarikh DOA : 18/5/2001 

Refinance 
Loan : RM85,000
Interest Rate : 6.75% - 1.85% = 4.9%
Mth : rm556.00
tenure : 20 yrs 

Tuan rasa adakah patut saya mengambil refinance tersebut?

JAWAPAN:
Pada amnya, kita patut me'refinance'kan loan jika jumlah
bayaran balik kita adalah kurang daripada loan yang pertama.
Pengiraannya senang sahaja. Jumlahkan bayaran balik kedua-dua
loan tersebut dan bandingkan keduanya. Jika jumlah bayaran
balik loan yang kedua lebih rendah, mak a anda patutlah
refinance loan tersebut.
Dalam kes anda, jumlah bayaran balik loan asal ialah:
RM583 x 12 (bulan) x 30 (tahun) = RM209,880

Jumlah bayaran balik loan kedua ialah:
RM556 x 12 (bulan) x 20 (tahun) = RM133,480

Jadi anda patut me'refinance' loan anda kerana anda akan
menyelamatkan RM76,440 by doing so.
Walau bagaimanapun, pengiraan ini membuat assumption yang
kadar faedahnya kekal dan tidak ada kos tersembunyi
(umpamanya legal fees). Kalau ada kos-kos lain yang perlu
dibayar, anda perlu menambahkan kos tersebut dalam pengiraan
di atas.
Saya harap jawapan ini akan menolong anda.
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog