bayu parkville


Rasa nak berkongsi pengalaman aku ketika melawat showhouse Bayu Parkville ni. Townhouse di kejiranan yang berkepadatan rendah bersebelahan dengan Gita Bayu. Nama developer Meridian Tower, leasehold, 3 bilik tidur dan 1 bilik air dan merupakan fasa ke2.

Hrga rm181k termasuk perabot yang lengkap iaitu
-ruang tamu: sofa, kabinet tv, 29" tv, kipas syiling
- bilik tidur utana: almari, katil dan tilam queen size dan aircond
- bilik tidur ke2: katil dan tilam queen size, almari dan kipas siling
- ruang makan: set meja makan dan kipas siling
- dapur : peti sejuk, kabinet dapur
laman: mesin basuh

rumah ni agak sempit sbb kelebarannya cuma 20 kaki je kan.. nak fit bilik kat tepi dan ruang tamu lagi. kena lak kalau amik yg tingkat atas, kat tepi tu dah makan space utk tangga. tapi dier panjang ke belakang. ruang laman depan leh muat 2 buah kereta yg diparking depan dan belakang. Untuk small famili dlm 2 - 5 orang aku rasa rumah ni sesuai dgn harga berpatutan. unless u all ader budget dlm 220k ke atas, leh la dapatkan rumah teres 2 tingkat kat kawasan ni yg lebih luas.

utk booking, just bayar rm1000. deposit 10% means rm18k la.. tapi kalau korg xnak furniture tu, sykt akan tolak rm16k dari deposit bermakna just bayar rm2k utk deposit.
sebenarnya aku tgk showhouse ni sebelum aku jumpa vista angkasa yg aku beli tu. so, masa tu aku berminat gak la dengan projek ni. Harga sewa kat kawasan ni skang dlm 800 sebulan, biasanya disewa oleh famili yg dah bekerja atau oleh student upm. masa aku tgk tu, just tinggal satu unit tingkat bawah. aku suka tingkat bawah sbb takyah naik tangga dan tak ler terasa sgt yg ni townhouse. terasa mcm rumah teres setingkat la konon.. hehe.. tp aku agak ragu2 lagi. Salesman yg entertain aku, danny namanya, kater aku boleh reserve dulu unit tu dengan mbayar small amount of money which is refundable. masa tu aku bawak rm50 jer so aku reserve la unit tu dgn duit tu. Dia bagi aku 2 hari utk fikir sama ada jadi amik ke tak.

Suddenly esoknya aku dpt iklan vista angkasa for sale dan happy dengan kondo tu biler dah gi tgk, terus decide nak beli vista.

so aku pun call danny bgtau yg aku xjadi beli. danny kater ok dan 2 hari kemudian aku collect balik duit tu di sales office diorg kat showhouse tu.. walaupun aku x jadi beli tapi aku satisfied la dgn cara mereka. Actually aku suka rumah ni. nice and affordable. mcm aku ckp td la, kalau bandingkan dgn rumah teres 2 tingkat mmg yg ni sempit tapi masing2 ader bajet sendiri kan.. of course kalau u ader bajet lebih leh beli yg lebih besar tp ini for those yg cuma mampu beli 180k tapi nak landed property. Cuma bila aku bandingkan dgn vista angkasa, i prefer to buy vista sbb tu mmg target aku dr dulu lagi.

tadi aku tanya, mereka kata masih ader 2 atau 3 unit lagi yg masih ada, in case u all berminat.
0