Anggerik Perdana - kisah rumah pertama


Taman Anggerik Perdana. Rindu kat umah yg kat sebelah kanan tu.. walaupun cuma low-cost apartment tapi itulah hartanah pertama aku. Unit tingkat 3, menghadap utara. Harga pun cuma rm42,500, loan utk 30 tahun dari RHB Islamic. so sebulan aku kena bayar rm301. Hm.. masa tu, rate home loan agak tinggi. tak macam sekarang.. Nama developer adalah Getaris Sdn Bhd dgn usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad. Keluasan adalah 650 kps, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Firma guaman utk s&p adalah Abraham Ooi di Kajang manakala firma guaman bagi loan agreement adalah Azlin dan Rithaudeen di KL.

Planning dulu, beli umah ni utk duduk. Nak jadi orang kajang la konon. 20 minit perjalanan dari rumah ke pejabat. Tapi skang ni tak tau lah lagi mcmana.. Jauh sgt la pulak dengan Shah Alam. Maybe buat permulaan ni aku akan sewakan kot. Insya allah..

Developer janji dulu paling cepat hujung tahun 2007 dah boleh masuk rumah. Memang sblm hujung thn rumah ni dah siap cuma jalan yg belum betul2 siap masa tu. Masuk tahun 2008, everything dah siap. Tapi malangnya sampai ke hari ni masih belum dapat CF lagi. Developer janji pulak bulan 4 2008, tak dapat juga. then dier kater maybe bulan 7tapi smlm member tanya, dia cakap bln 8 pulak.. ader tersangkut lagi..
:(

Sebenarnya beli apartment ni seronok sebab pada mulanya aku sorg yang interested dgn projek ni. Aku fikir, sementara masih layak beli low-cost apartment, apa kata aku grab peluang ni. Tapi alhamdulillah bila cerita dengan kawan2, 8 orang member pakat dengan aku beli sekali. 7 orang termasuk aku beli yg low-cost, 2 orang beli yang medium cost. Penjual tu, jasmin dan Mr Aspi Loh memang respek kat aku sbb dapat buatkan 9 case closed. hehe.. upahnya? setiap orang dpt kfc satu set.. jasmine belanja.

Ramai gak yang terkejut aku layak beli rumah ni. Mereka sebenarnya tak sure syarat permohonan. Actually, nak memohon rumah low-cost ni, pendapatan isirumah mestilah kurang dari RM 2,500. Kalau pasangan yg dah berkahwin, kena total la income suami dan isteri tapi kalau org bujang, just amik pendapatan sorang je la. Even kalau gaji kawan2 rm2,400 pun masih kira layak lagi la..

Then syarat utama kedua adalah BELUM mempunyai hartanah lagi di negeri kiter memohon tu. Contoh mcm kes aku ni, apply utk apartment di selangor, maknanya mestilah belum ada rumah di Selangor lagi. Kalau dah ader, automatik tak layak.

Aku tak sabar nak menerima kunci rumah ni sebab inilah rumah hasil titik peluh pertama aku bekerja. Inilah hartanah pertama aku tempat aku belajar dan mula berjinak2 dengan real estate. Dan aku sangat sayangkan dier sebab walaupun harganya sama dengan harga kereta MYVi atau lebih murah dari Gen2, tapi ia akan tetap berada di situ untuk 90 tahun lagi, pada waktu MyVi, Gen2 atau apa jua kereta yang lebih mahal darinya sudah lama menjadi besi buruk. (sebab apa aku cakap mcm ni? sbb pada masa tu ramai org tak paham kenapa aku sibuk2 beli rumah tapi tak beli kereta lagi..)
0