blok 21, taman bukit angkasa

2 malam yang lepas, aku teman member pegi tgk dua unit apartment di blok 21, taman bukit angkasa utk dijual. actually member aku berminat nak beli apartment untuk investment. mebi dier nak sewa tp tak menolak kemungkinan untuk nak duduk sendiri.

keluasan rumah adalah 78sqf, 3 bilik dan 2 bilik air. unit di tingkat 7 disewa oleh 4 orang bujang lelaki manakala unit di tingkat 8 disewa oleh sepasang suami isteri yg baru bkahwin. perbezaannya? hm.. kalau ikutkan sama je la kan 2 unit ni tp yg mbezakannya adalah cndition rumah tu. yg disewa oleh lelaki bujang.. aduh mak! syiling bilik airnya lg horror dr dark water. jubin dinding bilik air pun rs horror kalau tersentuh. sedangkan unit yg disewa oleh pasangan suami isteri tu nampak bersih dan terurus. hm.. ini mengingatkan aku untuk tidak selaki-kali menyewakan rumah pd penyewa bujang lelaki! biar mereka cari tuan rumah yg lain, but not me.

harga jual kedua2 unit tu adalah 110k. asalnya mereka beli dgn hanya 60k.. apartment medium cst. balconi takde tp gated dan ader pegawal. parking di dalam kawasan perlu sewa dgn harga rm50 utk open parking manakal rm80 utk covered. harga sewa rumah sekarang ni adalah rm800 kat situ.

persekitaran: hm.. dkt sgt dgn food court baru yg dbkl bina. bhampiran dgn tapak bangsar south.ada bas dan tak jauh dgn lrt stesen universiti dan dkt dgn UM. kebanyakan yg menyewa adalah pelajar UM dan org yg bekerja sekitar bangsar dan kl. tp mmg byk apartment medium cost di kawasan ni. dan nampak byk yg dihuni. ini berdasarkan pemerhatian wkt mlm kami. pesanan renesial leong, penulis buku permata hartana atau jewel property, lihat kawasan hartanah tu pd wkt siang dan mlm. pd wkt malam, kiter akan dpt tau adakah ramai yg duduk d situ dgn melihat kepada lampu yg terpasang di unit2 apartment di kawasan tu. kalau bk lampu terpasang, maka ramai lah yg tinggal, bermakna kaw tu merupakan favourite penyewa. sebaliknya jika byk yg gelap jer, maknanya tak ramai yg suka stay situ. baik jauhkan diri dr!

ok, for this time, agent adalah kak ros dan habsah nampak very profesional dan helpful, not like the vista agent i told u before. tapi member belum buat keputusan lagi jadi beli ke tak. secara kasarnya, based on pengiraan aku, this house will give 17% profit for rental income.look like a very good buy.. :)
Share:
Catat Ulasan

Disclaimer

This blog is for information and experience sharing. The authors are not responsible for any loss or damages caused by the manipulation and application of information obtained from the blog.

Facebook

Popular Posts

Translate Blog

Highlight

Mentari Court below market untuk dijual

Tiga tahun lepas, seorang kawan saya pernah bertanya potensi Mentari Court. Masa tu harga jual di sana dalam 180k. Saya katakan, bole...

Blog Archive

Real Estate Bloggers

Arkib Blog